ini cakap cik farah
Farah's here

Make yourself comfort in my own dreamland. However, you may step out if you felt uneasy in here.



Stories Queen Friends
Hello Earthlings ! Here is my Little Kingdom.


Footprint



Big Applause

basecode: Nurul AtiQah
Edit by: Cikmimin
Re-Edited By: FaraFaizz
Others:   





. Syed Putra

Assalamualaikum. Farah Izzati, lepasan spm hanya duduk di rumah tidak sekadar goyang kaki tapi menjayakan misi menjadi bakal isteri solehah buat sang jauz. Tidak hanya itu, belajar kereta pun dah nak habis, tunggu masa nak masuk test yeayy me. 

As mentioned above, Farah Izzati hanya bergelar alumni sekolah makanya tiba tiba malam ni syahdu di keheningan malam bertemankan lagu Kal Ho Na Ho -tv2- terimbau kembali kenangan. Tipulaa kalau cakap dok rumah best lepak makan tido main twitter whatsapp wechat ok tipu sangat tak seronok sebab bosan sebab takda kawan kawan macam dalam dorm. Mula memang bahagia tengok orang pegi sekolah acewah kita lepak kat rumah tengok tv bagai tapi at last tv khianat aku, tayang cerita sama sepanjang bulan dem. 

sebab aku rindu bangun awal pagi. sebab rindu assembly pagi. sebab rindu jalan pegi kelas dengan kawan kawan. sebab rindu nkp library beli sosej popia cik izan. sebab rindu ngantok dalam kelas pastu classmates kasi pelam masam, sweets, chewgum, biskut semata mata tanak each other tido dalam kelas. sebab rindu nak makan kek sebulan sekali masa kelas addmath. sebab rindu kelas petang yang malas nakp. sebab rindu riadah petang yang selalunya berkubang atas katil. sebab rindu quote cikgu ahmadi yang semua students boleh hafal. sebab rindu baca quran almathurat lepas maghrib. sebab rindu nak salam salam dengan semua lepas solat jemaah. sebab rindu prep malam yang asyik nak ponteng nyorok kat dorm. sebab rindu dorm yang scary sedap tido walaupun katil keras. sebab rindu nak mandi kolah nak baling orang dalam kolam ikan. sebab rindu hari sukan merentas desa soru yang sangat sangat meriah. sebab rindu announcement kelas tambahan untuk form5 setiap petang jumaat dan pagi sabtu dann kadang kala pagi ahad. sebab rindu kelas anjal yang buat sukati pakai baju bebas. sebab rindu lepas pulang bermalam balik sekolah dengan makanan dari rumah macam buat kenduri. sebab rindu kem dekat sg karangan yang penuh misteri. sebab rindu nak buka puasa rumah cikgu maslisa yang sanggup masak untuk anak anak form5. sebab rindu nak masak untuk buka puasa pastu main bunga api sampai kena rumah orang pastu jalan ramai ramai pegi 7E pastu bermalam tido berkampung pastu sahur kat rumah mama fawziah. sebab rindu nak rempit dalam sekolah dengan kawan kawan guna moto budak latihan bola. sebab rindu kacau junior main basketball. sebab rindu fitness program dengan kawan kawan yang hanya bertahan cuma untuk dua minggu. sebab rindu nak jalan pegi bazaar ramadhan habiskan duit untuk makanan yang sama sepanjang bulan. sebab rindu nak pusing satu sekolah sambil acah cah photoshoot kalah retis pemes. sebab rindu nak fly pegi makan steamboat sebelah sekolah. sebab rindu balik dari prep singgah koop habiskan duit walaupun untuk tiga batang ais milo cikgu rahim ataupun kalau lapar serbu nasi lemak sampai tiga bungkus. sebab rindu makanan dining kalau mee sup atau mee hailam atau bihun sup atau apa saja, letak cabai kicap sampai hitam kuah dalam mangkuk, sampa leleh air mata hidung mulut pastu lari pegi koop cari solero ataupun air mineral. sebab rindu nak que pagi pagi nak isi air dekat watercooler yang nazak. sebab rindu nak lepak depan stor sukan atau anjung putra auat kerusi batu aspuri. sebab rindu kalut sorak phone masa sportcheck besar besaran. sebab rindu nyorok bawah katil masa headboy check aspuri. sebab rindu charted mesin basuh sampai kadang kadang boleh bawak gaduh hahahaha. sebab rindu order makanan dekat kantin kalau puasa. sebab rindu order dekat embun dingin atau kak sal masa tengah berduit demand makan mahal. sebab rindu balik dari kem duduk atas bas nyanyi lagi penuh semangat. sebab rindu kak adiyah bagi guna dobi free masa orang lain pulang bermalam. sebab rindu nak celebrate birthday kat asrama. sebab rindu lepak atas katil kongsi story kongsi masalah dengan kawan kawan macam adik beradik. sebab rindu masak megi buat mushroom soup buat teh milo cicah roti kosong kongsi ramai ramai tengah dorm prefect. sebab rindu makan semeja dengan kawan kawan pastu tengok boys masuk dining dengan peluh meleleh amik nasi lepas main futsal basketball yucksss. sebab rindu kena ligan dengan cikgu ahmadi sebab takpi prep malam. sebab rindu tengok movie dengan kawan kawan dalam bilik rehat drama pukul tujuh movie malam weekend semua tengok walaupun malam exam. sebab rindu lagu sekolah dan kita terbilang. sebab rindu jawab spm dalam aircond sampai cramp tangan. sebab rindu ExYC walaupun mula mula memberontak. sebab rindu kelas addmath yang dapat burger yang dapat sweets yang dapat tiramisu. sebab rindu delimions. sebab rindu macam macam. sebab rindu syed putra. #TenaciousTogether #breaktherecord #riseofthefallen. #syedputranum1 #Tenacious37

siapa kata kalau benci tak boleh jadi sayang ? memang mula aku tak suka syed putra. kerap bandingkan syed putra dengan badlishah. tapi akhirnya, syed putra hebat dengan caranya sendiri dan badlishah gah dengan caranya sendiri. masing masing ada pros and cons cuma kena pandai adapt. 

kerana.......... disini pemimpin dilahirkan