ini cakap cik farah
Farah's here

Make yourself comfort in my own dreamland. However, you may step out if you felt uneasy in here.



Stories Queen Friends
Hello Earthlings ! Here is my Little Kingdom.


Footprint



Big Applause

basecode: Nurul AtiQah
Edit by: Cikmimin
Re-Edited By: FaraFaizz
Others:   





. Back Off

Assalamualaikum peace be upon you

Bila dapat result exam awal tahun haritu memang rasa give up gila memang rasa putus harapan memang rasa nak relax malas belajar kawin terus jaga anak kat rumah. Why I say this way ? Result exam bila dapat tak seindah mana, tak seberapa tak rasa nak dibanggakan. Dengan A ciput nak mati subjek sains tulen boleh gagah jaaa kasi lulus. Ya Allah, kadang kadang malu nak mengaku aku budak sekolah sains. Pastu mula laa nak over thinking kalau aku kat Badlishah is it be the same atau result aku lebih elok ?

Memang laa sekolah mana pun sama jaa. Sekolah tak menentukan result but at least sekolah membantu result. But then aku fikir macam mana dulu aku tergedik gedik nak tinggalkan Badlishah for one minor reason so jangan nak kembali for major thing. Allah jadikan Syed Putra tempat persinggahan aku for a reason. Maybe sekarang aku tak nampak, tapi aku yakin janji Allah itu pasti. Man jadda wa jadda.

Memang rasa tak berbaloi gila dengan stay up pastu bangun pukul empat study bagai nak rak but then dapat result ceggitu. Nak jaa koyakkan kertas result tu. Nak nak pulak bila setiap kali result exam pos balik umah. Macam mana tanggung malu bila Fauzan tengok slip keputusan exam aku. Nak suruh dia studi bebetul jangan main nak nasihat dia macam macam tapi result aku pun hm bagus lagi result dia.

Bila memang rasa nak give up tutup buku just bekalkan apa yang ada dalam hati, a wise man told me that '' Imam Syafiee pernah berkata, jika kamu tak sanggup menanggung peritnya belajar maka kamu takkan sanggup menanggung peritnya kebodohan. ''Sis Anys and Sis Elya support aku. Depa pun percaya aku boleh buat. Kalau orang lain boleh percaya dengan aku, kenapa aku mesti nak give teruk gilaaa nih.

Ayah pulak kata '' Jangan pernah putus asa dengan rahmat Allah. Ketika Allah yang maha kaya mengurniakan pada kamu sesuatu perkara, bererti Allah memberikan aku satu kebaikan. Kadang kadang satu perkara yang Allah larang // tegah terjadinya kepada kamu itu terjadinya kepada kamu, itu menunjukkan kekuasaan Allah. Semua perkara yang terjadi tu cara Allah memperkenalkaan dirinya kepada kamu. Itu satu cara Allah nak tunjukkan etapa lemah lembutnya Allah kepada kamu. Kata alim, tapi apa yang kita mintak Allah tak izinkan sekarang mungkin Allah suka dengan rayuan dan rintihan kita, apa yang kita nak tak dapat maka di situ lemah lembutnya Allah. Bahawa Allah maha berkuasa atas segalanya. Mintak yang terbaik sekali kerana Allah maha pemurah maha penyayang. Anak ayah yang bijak buang sifat mudah patah semangat. Orang lain boleh, anak ayah mesti boleh. Anak ayah masuk situ bukan faktor nasib. Perancangan Allah buat anak ayah ada di situ. Minta doa dengan rendah hati ''

Ibu pulak bagi nasihat '' Mungkin Allah takmau bagi sekarang sebab takmau kakak leka atau kakak relax. Bila dapat result bagus, kakak jadi malas usaha dah sebab rasa dah pandai. Tapi bila Allah delay kan kejayaan kakak, Allah suruh kakak usaha lebih. Insha Allah ada hasilnya nanti ''

Insha Allah. Kejayaan itu ada cuma lambat ataupun cepat. Allah nak uji dan yang pasti Allah takkan uji melebihi kemampuan hambaNya. Man jadda wa jadda. Insha Allah Platinium Syed  Putra will break the record.