ini cakap cik farah
Farah's here

Make yourself comfort in my own dreamland. However, you may step out if you felt uneasy in here.



Stories Queen Friends
Hello Earthlings ! Here is my Little Kingdom.


Footprint



Big Applause

basecode: Nurul AtiQah
Edit by: Cikmimin
Re-Edited By: FaraFaizz
Others:   





. New Leaf

Assalamualaikum

I don't know how to start this entry. Feeling awkward. Okay lets get start. Today is 31/1/2014. A month just gone and gonna go through 11 months of 2014. So far, life goes so smooth and okay. Many things happened throughout this month and I just felt glad and grateful for everything. Alhamdulillah. Let change ourselves into a better muslim and muslimah. Why I said this way ? Harituu ada ceramah motivasi kat sekolah. And I'm really touched of his lecture. Dan mungkin itu cara Allah nak bagi hidayah. Who knows. Called me bajet alim, called me perasan bagus, called me anything tapi tak salah kan kalau aku nak kongsi apa yang aku rasa, well mungkin any of my readers yang terbuka hati nak berubah em at least usaha nak jadi lebih elok. 

One of Ustaz Hafiz's saying is, jangan jadi kambing. Kenapa kambing ? Kambing umpama perempuan yang senang senang jaa bagi lelaki ajnabi sentuh dia. Perempuan yang taktau nak pertahankan maruah dan kemuliaan sendiri.Terasa ? Little bit bila ingat masa zaman jahiliyah dulu. Astagfirullah. Next, apa yang kita buat sekarang kita akan dapat suami//isteri yang perlakuannya sebijik macam kita. Lets say, kita banyak ex, kita kaki clubbing, kita pernah terlanjur, one fine day till the day has come kita akan dapat pasangan yang perangai macam kita. Sumpah sentap kali ni. Aku sedar aku macam mana. Aku sedar banyak mana dosa aku. Aku sedar macam mana jahilnya aku selama ni. Takkan aku nak suami yang perangai macam aku. Kann ? Lelaki yang baik adalah untuk perempuan yang baik && lelaki yang jahat adalah untuk perempuan yang jahat. Allah Maha Adil

Sejenak lepas tu, aku fikir. Lepas blah dari Badlishah, something happened between me and Hakimin yang buat aku nak putus. Lepas tu kat Syed Putra, kenal Hazieq pulak. Tak sampai setahun, kenal pulak dengan Farish. Tapi sekarang semua aku dah malas nak kata apa. Punca ? Aku mula fikir, semuanya ujian daripada Allah dan malangnya aku tewas bahkan tumpas dengan mudahnya di tangan syaitan. Mulut cakap sayang lillahitaala tapi hahahahahaha, hati ja yang tau. Allah dah buatkan jalan supaya aku tinggalkan segala bentuk zina yet aku still mencari ruang dosa. Astagfirullah. Allah dah tetapkan jodoh untuk aku dan bila aku seenaknya bercinta secara haram, yeah like aku tak percaya dengan ketetapan Allah. Mula daripada tu, aku dah tak kisah tentang mana mana arjuna. Cause I knew, at the end Allah dah dah tetapkan yang terbaik. Cuma, aku perlu perbaiki diri aku untuk dapatkan yang terbaik tu. Insha Allah

Macam mana waktu azan dibiarkan berlalu macam tu jaaa. Tak terasa pun nak cepat cepat pi amik wudhu' pastu solat. Bila dah hujung hujung baru mula nak solat. Padahal Allah dah tunggu kita lama sangat dah. Tapi kita tak pernah ontime. Ya Allah. Bila ada janjitemu dengan sapa sapa haaa kalut jaa nak ontime takut tak puntual takut lewat. Bab solat, tak ingin pulak lekas lekas padahal Allah tu lagi penting. Jumpa orang nak cantik cantik nak wagi wangi tapi menghadap sang Pencipta, naaaaaaa apa pun tarak. 

Berjalan atas muka bumi ni dengan perasaan bangga tanpa menunaikan tuntutan Allah. Selamba jaa hirup oxygen Allah tapi hidup penuh maksiat, tak tutup aurat, Quran jarang sekali nak sentuh. Tak terasa malu pun hidup atas bumi ciptaan Allah tapi lansung tak bersyukur dengan segala nikmat Allah. Bahkan boleh pulak langgar kasi redah semua larangan-Nya. Tutup aurat is a must. Cover all yr body except face and palm. Tapi kalau boleh nak sinting lengan baju sampai siku. Alasan panas. SubhannAllah. Api neraka Allah lagi panas nak bakar kulit yang tak tutup aurat tu.

Merajuk dengan ibu&&ayah. Layakkah kita ? Selalu nak sentap nak tarik muka bila ibu&&ayah tak dengar cakap, tak penuhi apa yang kita mintak. Selama 17 tahun aku hidup, ntah berapa tinggi gunung dosa aku dengan ibu&&ayah. Bila terasa kesedaran ni, tak layak pun sebenarnya kita nak terasa dengan ibu&&ayah. Apa yang dah depa buat untuk aku selama ni takkan mampu aku balas. Sepatutnya aku buat depa gembira tapi emm ntahlah. Keinginan nak tengok kegembiraan di wajah ibu&&ayah buat aku terasa nak struggle sungguh demi spm, demi masa depan aku. Slip keputusan SPM bernamakan Farah Izzati binti Rohaizat, A+ penuh aku yakin itu mampu memberi kebahagiaan buat ibu&&ayah. Ameen

Banyak lagi yang aku nak kongsi tapi aku rasa setakat ni cukuplah dulu. Betulkan yang biasa, biasakan yang betul. Kalau ada nampak, cacat cela kat mana mana kat aku, mohon tegur :> Insha Allah perubahan ni akan istiqamah. Doakan aku insha Allah Ameen. Aku tulis entry ni berdasarkan apa yang aku alami and yeah yang jadi di sekelililng aku. Moga memberi manfaat buat readers