ini cakap cik farah
Farah's here

Make yourself comfort in my own dreamland. However, you may step out if you felt uneasy in here.



Stories Queen Friends
Hello Earthlings ! Here is my Little Kingdom.


Footprint



Big Applause

basecode: Nurul AtiQah
Edit by: Cikmimin
Re-Edited By: FaraFaizz
Others:   





. BRKN


'' Never cut a tree down in the wintertime. Never make a negative decision in your low time. Never make most important decisions when you are in your worst moods. Wait. Be patient. The storm will pass. The spring will definitely come. ''

Akan ada sorang insan yang berlainan dalam hidup kita yang akan jadi sumber kekuatan kita tapi pada masa yang sama dia juga kelemahan kita. Nak selalu ada depan mata, nak selalu bersua muka. Pantang takda depan mata mula la gelisah tak tentu arah. Bila nampak kesayangan bersama dengan yang lain, mula laa nak angin tak tentu pasal. Jangan lupa, dia bukan sesiapa pada kita. Bukan suami, bukan jua isteri yang hendak kita kawal pergerakkannya seperti ia sudah halal buat kita.

Mentaliti anak gadis zaman sekarang termasuk aku, pantang ada sang teruna cakap iloveyou sikit ja dah cair. Dia panggil kita sayang jaa dah nak rebah. Kenapa aku cakap macam ni ? Sebab aku pun sama ja ! Padahal si teruna tu nak acah acah jaa, nak main main jaa. Bak kata orang, nak test market. Tapi si dara ni dah iya iya tersengih sampai ke telinga. Hati dah di awang awangan. Yelaaaa terlampau excited. Si dara mudah tersentuh hatinyaa. Teruna care lebih sikit jaa dah perasan yang dia ada feeling kat kita.

Ingat, jangan letak harapan pada tempat yang salah. Nanti sakit lagi parah. Ibu selalu pesan, perjalanan masih jauh. Jadi usahlah menaruh harapan yang tidak pasti. Yaaa, sang teruna masih dia alam persekolahan tapi berjanji perghhh umpama income bepuluh juta sebulan. Pakaian dalam jua mak masih belikan tapi ada hati nak berjanji sumpah setia akan memperisterikan si dara. 

Tak salah ! Memang tak salah mengharap hubungan sampai ke jinjang pelamin, tapi jangan lupa hati kita Allah yang punya. Jangan terlampau yakin bahawa si dia adalah jodoh kita. Dalam sekelip mata, boleh beralih arah pada gadis lain. Tak percaya ? Dalam usia baru menjangkau 16 tahun, dah berapa ramai yang menjadi ex dia. Aku tak bercakap tentang sesiapa. Berapa banyak pasangan di depan mata aku, beia ia menyulam cinta, membina impian, memasang angan, akhirnya hubungan terhenti di tengah jalan ! Sekejap saja Allah mampu mengubah hati kita. Doa. Jangan lupa berdoa kalau benar ingin menjadikan dia yang halal buat kau.

Doa ? Solat juga belum sempurna. Rukun imam, rukun Islam masih bertatih. Menyanyi menghiburkan hati di dara, si teruna pandai sekali. Tapi bila disuruh mengaji, alif ba ta masih tak kenal. Sanggup mengikat perut, sanggup berlapar dahaga semata mata ingin menyimpan wang untuk berlibur bersama si dara tak kurang juga si teruna. Ada juga baiknya kira kau berpuasa saja. Dapat juga pahala. Duit tu ? Simpan untuk belanja ibu ayah ke Mekkah. Indah bukan ?

Cakap memang senang. Nak buat, kemain payah. Masa bercinta ohh semuanya bagai alam fantasi. Dunia ini kita yang punya. Kau akan ku jadikan permaisuri dalam hidupku. Kau adalah raja dalam hatiku. Tapi bila hati dah mati, mula la mencaci maki. Kesian. Kesian tengok si dara yang berkurung di dalam bilik, tak makan, tak minum, menangis sepanjang masa dek kegagalan dalam bercinta. Sadis. Sadis tengok di teruna yang mati dalam keadaan menyayat hati dek membunuh diri. Dunia 

Jangan lupa, perjalanan masih jauh. Ramai lagi yang akan kau temui. Fall in love when you are ready, not when you are lonely. Dewan peperiksaan SPM pun belum ditakluki, jadi usahlah terlampau mengejar cinta. Mungkin saat kau membaca titipan sinis aku pada kali ini, hati juga mulut kau akan memaki aku. '' Dia pun sama, bercinta bagai nak rak dulu last last clash jugak '' Yaa aku tahu. Dan ini sebenarnya peringatan untuk diri aku. Dah kau terbaca, apa kata aku juga simpan dalam kotak minda kau, untuk peringatan diri kau sama. Tak salah kan ? Tapi kalau kau rasa menyampah sangat dah dengan entry aku kali ni, sudahlah tinggalkan saja blog aku ini. Tiada paksaan. Siapa suruh kau menjengah ke sini. Hahaha. Itu saja. Assalamualaikum